Is A State Of Emergency On The Cards?
Dengan tersungkurnya kuasa BN di Lunas untuk menghambat masa depannya, kerajaan semakin resah dan terpaksa menggunakan para pendidik Cina dan pertubuhan
Suqiu sebagai
kambing hitam. Ia bermula dengan kekalutan mengenai Sekolah Wawasan yang akhirnya terpaksa diundurkan daripada menjadi debat hangat masyarakat. Tetapi, penyerahan memo
yang
mengandungi 83 tuntutan (sebenarnya rayuan -webmaster) daripada 17 perkara, kini dijadikan satu alat untuk
mencetuskan ketegangan sentimen perkauman. Presiden MCA Dato Ling Liong Sik
telah
berkata bahawa kerajaan telah menerima 93% daripada 83 tuntutan yang dikemukakan
itu.
Setidak-tidaknya terdapat dua tuntutan yang mencetuskan kemarahan. Satu lagi
parti dalam
komponen BN, Gerakan Party Malaysia, berkata bahawa Suqui tidak pernah menuntut
agar hak
keistimewaan Melayu itu ditarik balik.
Kenapakah UMNO tidak membincangkan semua itu dengan rakan Cina dalam komponen BN
sebelum
mereka melalak di khalayak ramai? Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah
Ahmad
Badawi mahu Suqiu menarik balik tuntutannya dan merapatkan hubungan kembali.
Tetapi,
selagi dia melalak seperti itu di khalayak ramai dia akan terus menegangkan
sentimen
perkauman itu.
Menteri luar Dato Seri Abdul Hamid Albar sengaja cuba memainkan sentimen dan
perasaan
orang Melayu dengan sikap mengugutnya, tanpa berusaha untuk mengendurkan
keadaan. GPMS,
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mahu membentangkan 100 tuntutan pula
sebagai
mencabar Suqiu dengan menganjurkan himpunan 100,000 manusia di Lembah Kelang
dan
melancarkan ceramah di seluruh negara. Semua ini telah menjerat kerajaan.
Kalau GPMS
diberikan permit untuk tujuan mereka sedangkan selama ini Barisan Alternatif
terpaksa
melakukan himpunan rakyat di Lembah Kelang tanpa sebarang kelulusan polis,
bukan sahaja
pihak polis malahan menteri hal ehwal dalam negara akan terjerat sama.
Inilah
sebabnya timbalan menteri dalam negeri, Dato Chor Chee Heung telah membuat
rayuan agar
GPMS membatalkan sahaja tujuan mereka.
Para pendidik Cina dan Suqiu diam membisu. Yang melalak dan melolong adalah
UMNO dan
para penjilatnya. Ia cuba menggegarkan semangat orang Melayu untuk menyokongnya
kembali.
Tetapi sia-sia sahaja. Itulah sebabnya kerajaan terus menonjolkan isu itu.
UMNO adalah
laksana seekor harimau yang tercedera. Ia kini meraung kesakitan dan kemarahan.
Tidak ada
sesiapa yang ambil peduli melainkan para kroni. Kayu pengukur yang menjadi
lambang
keselesaan hidup orang Cina, Indeks Komposit BSKL, menunjukkan angka yang
negatif.
Inilah penunjuk bahawa keadaan sebenar bukannya ketegangan perkauman yang
meruncing,
tetapi disebabkan keadaan ekonomi negara yang semakin genting.
Saya semakin kerap mendengarkan kemungkinan diisytiharkan keadaan darurat negara untuk
membantu menyekat kepupusan UMNO . Tetapi mampukah perdana menteri mengisytiharkannya dengan penuh keyakinan dia akan terus berkuasa? Bolehkah Angkatan Tentera
dihalau balik
ke berek mereka setelah keadaan yang tegang itu diamankannya? Mereka telah
melakukannya
selepas Mei 13 dulu. Apakah mereka akan melakukannya kali kedua? Apakah
kedudukan
perdana menteri dapat diperteguhkan apabila Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan
Apa Cara
Jua dibebaskan daripada Penjara Sungai Buluh dan dipilih menjadi presiden Parti
Keadilan Nasional?
Peralihan sokongan orang Melayu dan bukannya tuntutan masyarakat Cina yang
menggugat UMNO
sekarang ini dan menakutkan kerajaan Barisan Nasional yang dipimpinnya. Sebelum
Episod
Lunas, BN memang amat yakin dengan undi orang Cina. UMNO bertindak ganas
kerana
kemarahan. Kini sokongan orang Melayu pun semakin diragukannya. Inilah bahana
memainkan
terlalu kerap dongeng lama mengenai tragedi Mei 13. Generasi baru rakyat
Malaysia yang
mengetahui akan sejarah itu semakin sedar untuk menghindarkan berulangnya
tragedi itu. Di
samping itu mereka semakin sedar bagaimana kerajaan sengaja mempermainkan tragedi
tersebut,
berulang-ulang. Kerana itu mereka tidak takut lagi menghadapinya dan ini yang
membuatkan
kerajaan bertambah terluka.
Orang Melayu semakin mudah memperlekehkan tuduhan kerajaan terhadap penderhakaan
kaum
Cina itu. Sedangkan harimau yang terluka terus menjerit akan adanya serigala
untuk
menakutkan naga Cina. Orang Melayu tidak akan berganjak daripada pendirian baru
mereka.
-MGG Pillai-